Kejayaan

MARIN JOHOR GAGALKAN CUBAAN PATI KELUAR NEGARA

Kota Tinggi, 10 Feb – Seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PTI) berjaya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dalam Op Landai di dua lokasi berasingan di Bandar Penawar, hari ini.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata dalam tangkapan pertama, seramai 14 orang PTI berjaya ditahan di kawasan Ladang Betik manakala bakinya di kawasan Hutan Pantai Lecemara.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka cuba untuk keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan dengan menaiki bot pancung.

“Selain itu kesemua mereka juga gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan berada di Malaysia melebihi tempoh,” katanya

Kesemua suspek di bawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pind. 2002).

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS