Kejayaan

MARIN KUANTAN BANTU ANAK YATIM

Kuantan, 11 Mei - Komitmen penugasan dalam menjaga perairan negara tidak menjadi penghalang buat Pasukan Polis Marin (PPM) meluangkan masa bersama anak yatim dari rumah Permata Camar Kampung Cempaka semalam.

Komander PPM Wilayah Tiga (W3) ACP Azmi Ibrahim berkata ia bersempena dengan sambutan Hari Polis 207 yang dirai seluruh warga kerja Polis Diraja Malaysia pada 25 Mac lalu.

"Banyak aktiviti yang kami lakukan bersama antaranya pembersihan kawasan dan surau, mengecat pagar luar serta menanam anak pokok," katanya lagi.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan penyertaan daripada Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS