Kejayaan

2 JUTA ROKOK SELUDUP DIRAMPAS

Tawau,14 Feb - Ribuan rokok kretek dan tembakau yang cuba diseludup masuk ke negara ini berjaya dipatahkan dalam serbuan di jalan pesisir pantai laut Batu 4, di sini kelmarin.

Serbuan yang dilakukan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 turut menahan seorang kelindan lori yang berumur 40 tahun.

Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad Madun berkata, pihaknya telah menahan sebuah lori yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan menuju ke Jalan Apas Tawau.

"Seorang lelaki yang bertindak sebagai pemandu berjaya melarikan diri manakala seorang lagi berjaya ditahan.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 3,600 paket rokok Surya dan 6,160 paket tembakau tidak mempunyai cukai Kastam, katanya.

Menurut beliau lagi, suspek yang ditahan merupakan warga Filipina yang tidak memiliki dokumen perjalanan diri.

"Selain rokok dan tembakau, kami turut merampas sebuah lori yang digunakan untuk mengangkut barangan yang dibawa, sebuah walkie talkie dan telefon bimbit.

"Angggaran rokok dan tembakau selepas cukai dianggarkan bernilai hampir RM1,984,800.

Kesemua barangan dirampas bersama lori di bawa ke Markas Operasi PPM Wilayah 4 untuk disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.

Dalam serbuan berasingan, PPM Kota Kinabalu telah merampas hampir 135,640 batang rokok seludup yang diletakkan di sebuah pondok separuh siap disyaki dijadikan tempat simpanan sementara di Kampung Novoung Papar, kelmarin.

ACP Mohamad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam dan bertindak membuat intipan di lokasi yang dinyatakan.

"Hasil pemeriksaan terhadap rokok yang dijumpai mendapati ianya tidak mempunyai cukai Kastam.

"Anggaran kesemua rokok yang dirampas bernilai hampir RM116,922.96 selepas dicukai, tambahnya lagi.

Kesemua rokok seludup tersebut dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS