Kejayaan

CUBAAN BAWA MASUK BARANGAN MAKANAN TANPA KELULUSAN DIGAGALKAN MARIN

Pelabuhan Klang, 14 Feb - Rondaan menerusi Operasi Pensura sempena musim perayaan semalam oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 menggunakan bot ronda PSC39 telah berjaya menahan sebuah bot yang membawa muatan barangan makanan yang tidak mendapat kelulusan.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah memaklumkan operasi di laut Tanjung Harapan Pelabuhan Klang itu telah berjaya menahan sebuah bot 'barter trade' yang dalam perjalanan menuju ke Asaniaga Pelabuhan Klang.

"Pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut telah menemukan pelbagai jenis bahan makanan yang tidak mendapat kebenaran untuk dibawa masuk ke Malaysia," terang ACP Mohd Yusof Abdullah.

Kesemua barangan dirampas bernilai RM6,393 dibawa ke Pejabat Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pelabuhan Klang dan disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS