Kejayaan

MERCUN DAN BUNGA API BERNILAI RM3700 DIRAMPAS

Sibu, 14 Feb – Pasukan Polis Marin (PPM) Sibu berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api larangan bernilai lebih RM3700 di Wharf Express Sibu/Daro di sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 5 ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata semasa menjalankan Op Landai pasukannya menemui tiga kotak besar berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api di terminal feri tersebut.

Beliau berkata kesemua mercun dan bunga api itu dipercayai dibawa masuk ke Malaysia dengan cara yang tidak sah dan tidak mendapat kebenaran menjual/memiliki daripada pihak berkuasa.

Kesemua rampasan dibawa ke Pengkalan PPM Wilayah 5 Sibu dan dirujuk ke Jabatan Kastam bahagian Sibu untuk tindakan lanjut.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS