Kejayaan

POLIS MARIN WILAYAH SATU RAMPAS BEDAK, BAHAN MAKANAN TANPA KEBENARAN

Pelabuhan Klang, 13 Feb – Sejumlah botol bedak dan bahan makanan dirampas dalam dua operasi oleh sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu di perairan Laut Pelabuhan Barat, dekat sini lewat malam tadi.

Komander PPM Wilayah Satu ACP Mohd Yusof Abdullah berkata, operasi yang diketuai Koperal Zamzuri Ahmad bersama tiga anggota itu telah menahan dan memeriksa sebuah bot yang sedang dalam pelayaran ke jeti Asaniaga.

“Pemeriksaan polis mendapati bot tersebut membawa bahan kosmetik berupa bedak bayi berjumlah 1,296 botol seberat 100gm dan 200gm yang dianggarkan bernilai RM7,954.00,” terang beliau.

Kes disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dn Kosmetik 1984 - Peraturan 7(1)(a) dan diserahkan ke Bahagian Perkhidmatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.

“Kira-kira sejam selepas itu, terdapat sebuah lagi bot yang melalui perairan tersebut dan menemukan sejumlah bahan makanan berupa beberapa paket bahan perasa, paket isian semula kicap manis dan beberapa tin susu pekat dianggarkan bernilai RM5,616.00,” tambah beliau lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan diserahkan ke bahagian tersebut untuk siasatan lanjut.

Kesemua barangan tersebut dirampas kerana tidak mempunyai dokumen kebenaran untuk dibawa masuk.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS