Kejayaan

PPM SARAWAK RAMPAS SENAPANG PATAH BUATAN SENDIRI

Julau, 15 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 menemui satu laras senapang patah buatan sendiri dalam satu tugas risikan di kawasan hutan berdekatan kem balak Ulu Sungai Telantang, Lium Pakan, semalam.

Komander PPM Wilayah 5, ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata, Unit Risikan Marin (URM) yang diketuai oleh ASP Muhammad Spawi bersama 4 anggota lain sedang menjalankan tugas risikan berhubung aktiviti pembalakan haram di kawasan terbabit sebelum menemui satu laras senjata api jenis senapang patah dipercayai buatan sendiri.

"Walau bagaimanapun, tidak kelihatan mana-mana individu yang disyaki berdekatan kawasan tersebut.

"Senjata api ini dirampas dan dibawa ke balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut," katanya.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS