Kejayaan

AWAK-AWAK BOT KANTOI TIADA PENGENALAN DIRI

Pelabuhan Klang, 26 Feb – Dua lelaki warga Myanmar ditahan dalam Operasi Pensura sempena musim perayaan yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, petang semalam.

Menurut komandernya, ACP Mohd Yusof Abdullah kedua-dua suspek ditahan di atas sebuah bot yang dinaiki mereka ketika sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat hanyut di laut Tanjung Karang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mereka yang berumur antara 19 dan 45 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang salah,”katanya.

Kedua-dua suspek dibawa ke markas operasi PPM Pelabuhan Klang untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS