Kejayaan

69 PTI KANTOI CUBA KELUAR GUNA LALUAN TIDAK DIWARTA

Bandar Penawar,16 Mac - Seramai 69 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dalam Operasi Landai yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang di kawasan pesisir pantai Mados, Desaru, Johor Bharu lewat malam semalam.

Kesemua PTI yang ditahan cuba keluar dari negara menggunakan laluan tidak sah malah ada di kalangan mereka tinggal lebih masa daripada tempoh yang ditetapkan dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Menurut Komander PPM Wilayah 2 ACP Paul Khiu Khon Chiang kesemua PTI dibawa ke balai polis Bandar Penawar untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS