Kejayaan

KEGIATAN KOREK PASIR TANPA PERMIT TUMPAS

Bintangor, 16 Mac - Kegiatan seorang lelaki mengorek pasir tanpa permit menggunakan sebuah kapal di perairan Ulu Lepah Batang Serdang berjaya ditumpaskan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Sarikei, petang semalam.

Menurut Komander PPM Wilayah Lima ACP Kalai Chelvan, aktiviti mengorek pasir secara haram tersebut dikesan oleh sepasukan anggota yang sedang membuat rondaan menerusi Operasi Gelora.

“Semasa melalui lokasi tersebut, mereka terserempak dengan sebuah kapal yang sedang mengorek pasir.

“Hasil pemeriksaan ke atas kapal mendapati suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen sah berkaitan aktiviti yang sedang dilakukan,” katanya.

Selain itu, kesemua rampasan termasuk sebuah kapal, dua unit kren dan pasir seberat 400 tan dianggarkan bernilai RM1.542 juta.

Tahanan serta rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Tanah dan Ukur untuk tindakan lanjut dan kes di siasat di bawah Kanun Tanah Negeri Sarawak.


 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS