Kejayaan

443 INDIVIDU DITAHAN

Seramai 443 individu ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) sejak 2 April tahun lalu kerana disyaki terbabit dalam pelbagai kes jenayah pelacuran dan perjudian. 

Daripada jumlah itu seramai 19 individu yang ditahan adalah ketua sindiket perjudian dan aset milik mereka juga sudah dibekukan bagi siasatan. Setakat ini polis sudah membuka 26 kertas siasatan mengikut Akta Penggubahan Wang Haram (AMLA) terhadap individu yang di tahan itu dimana 19 kes adalah jenayah perjudian, enam kes pelacuran dan satu kes bunuh.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS