Kejayaan

LIMA PTI DITAHAN DALAM OPERASI BERSEPADU

Pulau Besar, 20 Mac - Seramai lima orang warga asing ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 bersama beberapa agensi penguat kuasa di sini, semalam.

Operasi yang dijalankan pada pukul 10 pagi itu berjaya menahan kesemua suspek yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/62 dan Seksyen 15 (1) akta yang sama.

Kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen Negeri Melaka untuk tindakan lanjut.

Menurut Komander PPM wilayah 2, ACP Paul  Khiu Khon Chiang operasi seperti ini akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada terdapat kebanjiran pendatang tanpa izin yang bekerja atau masuk ke negara ini.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS