Kejayaan

2 NELAYAN WARGA ASING BERJAYA DITAHAN MARIN SELANGOR

Kuala Selangor, 10 April – Dua nelayan warga asing berjaya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 di sekitar kawasan Laut Jeram, hari ini.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Yusof Abdullah berkata penahanan dilakukan ketika suspek sedang menjalankan aktiviti menangkap udang menggunakan pukat apolo.

"Pemeriksaan lanjut dijalankan terhadap suspek dan mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Kesemua mereka ditahan dan diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor untuk disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1953/63 (Pin. 2002)

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS