Kejayaan

CUBAAN SELUDUP BENIH KERANG KE THAILAND DIPATAHKAN


Taiping, 20 April – 51 guni benih kerang berjaya dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Perak dalam satu serbuan Op Landai yang dijalankan di Jalan Besar Sungai Kerang, di sini, petang semalam.

Menurut Komander PPM Wilayah Satu, ACP Mohd Yusof Abdullah, sebuah lori tiga tan yang dipandu oleh seorang warga tempatan dalam keadaan mencurigakan ditahan untuk pemeriksaan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas lori menemui sejumlah guni yang berisi benih kerang telah dimuatkan di bahagian belakang lori.

"Kesemua benih kerang tersebut dipercayai untuk diseludup ke negara jiran, Thailand,” tambah beliau.

Rampasan benih kerang dianggarkan bernilai RM15,000.

Turut ditahan pemandu lori berkenaan untuk siasatan di bawah Akta Perikanan 1985, Perkara 4(1) Peraturan Perikanan (Pemuliharaan) & Kultur Kerang 2002.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS