Kejayaan

ROKOK SELUDUP PELBAGAI JENIS DIRAMPAS


Pontian, 21 April – Pelbagai jenis rokok tidak sah berjaya dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dalam satu serbuan Op Landai yang dijalankan di rumah kongsi di hadapan Taman Pontian Utama, di sini, petang semalam.

Serbuan dibuat oleh sepasukan anggota diketuai oleh Timbalan Komander PPM Wilayah Dua.

Menurut Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang, hasil pemeriksaan dalam rumah kongsi tersebut telah menemui sejumlah 620 bungkus rokok tidak sah terdiri daripada pelbagai jenis.

“Rokok tersebut disembunyikan dalam rumah tersebut dipercayai diseludup untuk dijual oleh pekerja asing di kawasan rumah kongsi.

“Kesemua rokok bernilai RM6,912.86 telah dirampas, namun penghuninya telah melarikan diri dan gagal dikesan sebaik sahaja menyedari kehadiran polis,” ujar beliau.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 22 Akta Polis 1967.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS