Kejayaan

19 PATI DICEKUP CUBA PULANG GUNA LORONG TIKUS

Kota Tinggi, 16 Mei- Sekumpulan 19 individu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang dalam satu serbuan di Hutan Mados, di sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, pemeriksaan polis mendapati kesemua PATI tersebut cuba pulang ke negara asal dengan menggunak...an jalan yang tidak sah.

"Kesemua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah disamping telah berada di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan," katanya.

Tahanan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk disiasat di bawah Seksyen 26 A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS