Kejayaan

LANGGAR AKTA PERIKANAN: 2 BOT NELAYAN DITAHAN

Kuantan, 15 Mei - Dua buah bot nelayan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga dalam dua operasi khas yang dijalankan di Teluk Cempedak dan Pekan di sini, kelmarin.

Komander PPM Wilayah Tiga, ACP Azmi Ibrahim berkata, pemeriksaan terhadap sebuah bot tempatan mendapati tempoh kedua-dua lesen penggunaan dan peralatan perikanan tidak diperbaharui.

...

"Dalam pada itu, pihak polis turut berjaya menahan sebuah bot tempatan yang diusahakan oleh warga asing kerana melanggar syarat lesen penggunaan bot ketika mencandat sotong dalam perairan negara.

Kedua-dua buah bot tersebut disita di pangkalan PPM Wilayah Tiga untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS