Kejayaan

KAYU BALAK HARAM DITEMUI ATAS AIR


Sibu, 20 Mei - 300 batang kayu balak telah dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 dalam satu operasi yang dijalankan di Perairan Sungai Merah Batang Igan, dekat sini, semalam.

Menurut Komander PPM Wilayah 5, ACP Kalai Chelvan Nadarajan, pihaknya telah menemui dua longgokon kayu pelbagai saiz dan spesis yang diikat dan berada di atas air.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua kayu itu disyaki diperolehi secara tidak sah dan tiada yang menuntutnya setelah menunggu lebih kurang 30 minit," katanya.

Rampasan kayu balak dianggarkan bernilai RM12,500 dan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Perhutanan Sibu untuk siasatan di bawah Seksyen 85(1) Ordinan Perhutanan Sarawak.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS