Kejayaan

LAGI RAMPASAN ROKOK SELUDUP OLEH MARIN

Sibu, 20 Mei- Pasukan Polis Marin (PPM) Sibu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup rokok pelbagai jenis yang dianggarkan berjumlah RM5,340 dalam satu pemeriksaan di sini, tengah malam tadi.

Komander PPM Wilayah Lima, ACP Kalai Chelvan A/L Nadarajah berkata, pihaknya menemui sebuah kenderaan jenis Kancil yang ditinggalkan di bahu jalan dalam keadaan mencurigakan sebelum datang seorang individu tempatan mengaku pemilik kenderaan tersebut.

"Pemeriksaan polis di dalam kenderaan itu mengandungi beberapa karton rokok yang disyaki untuk diedarkan bagi tujuan perniagaan.

Pemilik kenderaan ditahan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang bukti pembelian dan dokumen percukaian dari pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM)," katanya.

Tahanan dan rampasan diserahkan kepada KDRM untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS