Kejayaan

MARIN RAMPAS ROKOK DAN MINUMAN KERAS SELUDUP

Sibu, 20 Mei- Helah seorang individu tempatan cuba menggaburi mata pihak berkuasa untuk menyeludup sejumlah rokok dan minuman keras berjaya dihidu oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima dalam satu pemeriksaan di sini, semalam.

Menurut Komander PPM Wilayah Lima, ACP Kalai Chelvan A/L Nadarajan berkata, hasil pemeriksaan menemui beberapa karton rokok pelbagai jenis di bahagian tempat duduk belakang kenderaan dan minuman keras pelbagai jenis di bahagian kabin belakang kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux milik suspek.

"Ketika pemeriksaan dibuat, suspek telah gagal menunjukkan sebarang bukti pembelian dan dokumen percukaian yang sah dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Angaran rampasan kesemua barang kes bernilai RM77,585," katanya.

Tahanan dan barang kes dibawa ke Markas Tektikal PPM Sibu untuk tujuan dokumentasi sebelum diserahkan kepada KDRM untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS