Kejayaan

STING BONGKAR MAKMAL PROSES DADAH


Kuala Lumpur, 23 Mei - Sebuah makmal yang digunakan untuk memproses dadah jenis syabu berjaya diserbu oleh Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) di sekitar Lembah Klang, di sini, pagi tadi.

Polis turut menahan tujuh suspek sindiket pengedaran dadah dan merampas 25kg dadah jenis syabu serta 18,000 pil ecstasy.

Kejayaan ini disahkan oleh Ketua Polis Negara melalui akaun twitter dan facebook rasmi beliau sebentar tadi.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS