Kejayaan

POLIS MARIN SEBAGAI PASUKAN KAWALAN KESELAMATAN


Kedah, 27 Mei - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dipertanggungjawabkan sebagai pasukan kawalan keselamatan sempena Asean Regional Forum Disaster Relief Exercise (ARF DIREx) 2015 yang sedang berlangsung bermula 24 hingga 29 Mei di perairan laut Pulau Payar, Langkawi, dekat sini.

ARF DIREx disertai 27 buah negara yang memfokuskan kepada tugas mencari dan menyelamat serta memberi bantuan kepada negara serantau sekiranya berlaku bencana.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah berkata, ARF DIREx bertujuan mempertingkatkan keupayaan koordinasi mekanisma antara agensi penyelamat selain dapat memperkukuhkan hubungan kemanusiaan dalam tugas menyelamat.

"Turut disertai agensi-agensi kerajaan negara ini," katanya.

"Latihan tersebut terbahagi kepada dua fasa iaitu latihan bencana di laut dan bencana di darat," jelas beliau.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS