Kejayaan

PENGANGGUR DITAHAN MILIKI HEROIN

Alor Setar, 28 Ogos - Seorang penganggur ditahan kerana memiliki 23 gram heroin di Kampung Hilir, Bukit Tinggi, Jitra semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt Helmi Aris berkata lelaki berumur 32 tahun terbabit ditahan pada pukul 9.50 pagi hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata lelaki terbabit kelihatan mencurigakan ketika berada di hadapan surau di kampung tersebut.

"Polis yang menjalankan siasatan telah menemui beberapa paket plastik yang disyaki heroin dalam beg sandang suspek yang dadahnya dianggarkan bernilai RM1,200," katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS