Kejayaan

SINDIKET DADAH AFRIKA TUMPAS

Kuala Lumpur, 29 Ogos - Hasil ketepatan maklumat risikan telah membawa kejayaan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) selepas berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi oleh warga Afrika, dua hari lalu.

Serbuan turut membawa kepada penangkapan tiga warganegara Nigeria dan seorang lelaki rakyat tempatan yang dipercayai ahli sindiket.

Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, DCP Dato’ Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim dalam satu sidang media di Bukit Aman berkata, kejayaan ini turut melibatkan rampasan 54 ketulan mampat ganja seberat 56 kilogram dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.

Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM500,000 dan kesemua suspek yang berusia lingkungan 24 hingga 49 tahun kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS