Kejayaan

PDRM RANGKUL 3 EMAS, 1 PERAK DAN 3 GANGSA DALAM KEJOHANAN TAEKWANDO 2015

Shah Alam, 30 Ogos – Pasukan Taekwando Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merangkul tiga pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa dalam National Invitational & Intercontinental Taekwondo Championship 2015 yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara (Panasonic), di sini, yang bermula semalam.

Bagi Acara ‘Pattern’, Konstabel Tiong Li Li berjaya memenangi pingat emas manakala KPL/D Eng Swee Ping memenangi pingat gangsa.

L/KPL Mohd Azrul Ezwan Bin Mohd Asri dan KPL/D Eng Swee Ping masing-masing berjaya meraih pingat emas dalam Acara ‘Free Sparring’. Pingat perak dimenangi Konstabel Hafizuddin Bin Hamdan dalam acara yang sama. Dua lagi pingat gangsa berjaya dimenangi oleh Insp Muhammad Shamsuddin Wong Bin Abdullah dan Konstabel Tiong Li Li.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Taekwando PDRM!

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS