Kejayaan

URB, MPV SENTUL TUMPAS DUA KES JENAYAH DALAM MASA DUA JAM

Kepong , 20 Sept - Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul berjaya menumpaskan satu cubaan rompakan terhadap seorang lelaki, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3.30 pagi dan pasukan URB yang mengadakan rondaan sekitar kawasan tersebut terlihat dua lelaki dalam cubaan untuk merompak dan dengan pantas bertindak menahan suspek berkenaan.

Dalam kejadian itu, anggota URB telah membuat rampasan dua bilah pisau yang dijatuhkan oleh suspek dan disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah.

Hasil daripada siasatan, salah seorang suspek adalah positif dadah dan terdapat rekod jenayah lampau.

Kedua-dua suspek telah dibawa ke Balai Polis Kepong untul tindakan lanjut.

Cubaan Pecah Rumah Gagal

Dalam kejadian yang berasingan, anggota 'Mobile Patrol Vehicle' (MPV) berjaya menumpaskan cubaan pecah rumah, di Jalan Helang Laut, Kepong awal pagi ini.

Anggota MPV yang membuat rondaan di kawasan tersebut telah menerima panggilan daripada Pusat Kawalan IPD Sentul berkaitan dengan satu tangkapan awam, kira-kira jam 5.20 pagi tadi.

Anggota yang bertugas telah bergegas ke tempat kejadian dan kemudian membawa suspek ke Balai Kepong untuk tindakan lanjut.

Dengan adanya unit MPV dan URB ini telah membuktikan bahawa PDRM mampu untuk menjalankan tugas pencegahan jenayah dengan lebih cekap dan efisien.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS