Kejayaan

MARIN PENGERANG LANCAR OPERASI MENCARI NELAYAN HILANG

Kota Tinggi, 27 Sept - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang telah melancarkan operasi untuk mencari nelayan yang dilaporkan hilang, di Perairan Teluk sengat, di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, mangsa tersebut dikhuatiri lemas apabila seorang saksi melihat bot nelayan dalam keadaan enjin masih hidup bergerak tanpa pengemudi dan segera melaporkan kepada pihak polis.

"Usaha untuk mengesan mangsa telah dilancarkan oleh PPM dengan penglibatan aset laut dan bantuan daripada Balai Polis Teluk Sengat dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)", katanya.

Menurut ACP Paul, mangsa seorang lelaki India yang berumur 40 tahun dan bekerja sebagai penjaga sangkar ikan dipercayai terjatuh semasa sedang mengendalikan bot untuk pulang ke sangkar ikan setelah selesai urusan di daratan.

Tambah beliau, operasi tersebut menggunakan beberapa aset seperti sebuah bot PPM, dua buah bot PAC Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi dan sebuah bot JBPM.

Kes diklasifikasikan sebagai Kes Orang Hilang dan Kertas Enkuiri Polis (KEP) Orang Hilang (OH) telah dibuka untuk proses siasatan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS