Kejayaan

TIGA PENAGIH DADAH DITAHAN POLIS MARIN KLANG

Pelabuhan Klang, 30 Sept – Seramai tiga lelaki warga tempatan ditahan sepasukan Polis Marin kerana didapati positif dadah jenis Opiate dalam Op Landai di kawasan Taman Kem Pelabuhan klang, petang semalam. 

Timbalan Komander PPM Wilayah 1, Superintendan Dimin bin Awang berkata ketiga-tiga suspek ditahan setelah dilihat dalam keadaan mencurigakan dikawasan kawasan berkenaan. 

“ Hasil ujian air kencing yang dijalankan, kesemua suspek dipercayai positif dadah jenis Opiate dan akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya lagi. 

Dalam perkembangan lain, ACP Marzuki berkata PPM berjaya menahan tiga lelaki warga Myanmar di tepi Laut Kampung Kelibang, Langkawi dan seorang lelaki warga Bangladesh di Tanjung Dawai, Bedong, Kedah kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, semalam. 

Kesemua warga asing tersebut disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS