Kejayaan

PELAJAR 17 TAHUN ANTARA 28 DITAHAN TERBABIT PENYALAHGUNAAN DADAH

Kuala Lumpur, 31 Okt- Seorang pelajar tingkatan lima antara 28 ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah dalam satu Operasi Bersepadu Narkotik Kontinjen Polis Kuala Lumpur di kawasan perumahan sekitar Cheras pagi ini.

Pegawai Turus Risikan/Operasi/Tahanan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, DSP Mohd Faizal Yahya berkata remaja berusia 17 tahun itu ditahan di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ulu Pudu, pukul 7.30 pagi ini.

"Hasil ujian saringan air kencing itu mendapati dia positif dadah jenis heroin dan pelajar itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya kepada pemberita.

Mohd Faizal berkata Seramai 35 orang telah diperiksa dalam operasi selama enam jam bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari yang dijalankan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

"Mereka yang ditahan itu berumur antara 17 hingga 59 tahun dan positif dadah jenis heroin," katanya. - BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS