Kejayaan

POLIS SERBU PUSAT JUDI DI IBU KOTA

Kuala Lumpur, 31 Oktober- Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) berjaya mematahkan sebuah kegiatan perjudian dengan tertangkapnya 25 individu disyaki kaki judi dalam sebuah premis di Rampai Business Park di sini, semalam.

Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas 80 buah komputer yang disyaki digunakan untuk tujuan perjudian.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara dalam twitter dan Facebook Page rasmi beliau sebentar tadi.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS