Kejayaan

10 KG SYABU DISOROK DALAM ALATAN SUKAN

Kuala Lumpur, 23 Nov – Dua pelajar warga asing, masing-masing dari Republik Guinea dan Nigeria ditahan dalam satu operasi yang dijalankan oleh Pasukan Khas Taktikal Risikan Narkotik (STING) di Sungai Chua, Kajang, hari ini.

Polis turut merampas 10 kilogram dadah jenis syabu yang disorokkan di dalam alatan sukan bagi mengelak ia dikesan pihak berkuasa.

Kejayaan tersebut dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara melalui twitter rasmi beliau.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS