Kejayaan

PENIPUAN BERNILAI 2.7 JUTA TUMPAS

Mengaburi mangsa dengan tawaran dan pulangan yang lumayan, pelaburan forex yang diiklankan di laman sesawang ternyata memperdayakan mangsa dengan menawarkan skim pelaburan yang tidak wujud serta meyakinkan mangsa bagi membuat pelaburan yang tinggi.

Polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor bersama Bahagian Risikan Operasi JSJK Bukit Aman telah melakukan serbuan di sebuah apartment Bukit Ceylon, Kuala Lumpur dan menahan seorang lelakiwarga tempatan dan rakannya di tempat letak kereta di Garden Mall, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur.

Polis juga merampas wang tunai berjumlah RM2.7 juta, dua buah kereta, telefon bimbit, pasport palsu, kad pengenalan palsu dan beberapa dokumen penting.

Suspek yang ditahan, direman sehingga 2 Disember dan kes disiasat di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS