Kejayaan

21 PATI DICEKUP PPM PENGERANG

Kota Tinggi, 15 Dis - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang menahan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba keluar dari negara ini secara tidak sah dalam operasi di Pantai Punggai, di sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, 18 lelaki bersama tiga wanita ditahan dalam sebuah bot pancung pada jam 2.35 pagi selepas pihak polis berjaya mengesan dan mengejar bot tersebut sehingga ke persisiran pantai.

“Turut dirampas sebuah bot pancung bersama seunit enjin sangkut,” terang beliau lagi.

Tambah beliau, kesemua yang ditahan itu didapati melakukan perbuatan yang menyalahi Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan turut melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua tahanan dan rampasan dibawa ke Pengkalan PPM Pengerang untuk tindakan lanjut.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS