Kejayaan

MARIN TAHAN SEMBILAN PATI INDONESIA DI PERAIRAN JOHOR

Kota Tinggi, 31 Disember- Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang menahan seramai sembilan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia di kawasan hutan Pantai Pulau Hijau, Bandar Penawar, di sini, awal pagi tadi.

Menurut Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang, kesemua yang ditahan dipercayai cuba pulang ke negara asal menggunakan lorong tikus untuk menggaburi mata pihak berkuasa.

"Hasil pemeriksaan pihak polis mendapati kesemua PATI tersebut gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah serta telah berada di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan," katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tujuan dokumentasi dan siasatan di bawah Seksyen 26 A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migra (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 5(2) serta 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS