Kejayaan

MARIN JOHOR TUMPASKAN CUBAAN PATI KELUAR MASUK NEGARA SECARA HARAM

Kota Tinggi, 13 Jan - Sembilan pendatang tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia berjaya ditahan dalam satu serbuan di Kawasan Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar, di sini, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, bertindak atas maklumat, pasukannya menumpaskan cubaan PATI tersebut untuk keluar masuk ke negara ini secara haram.

"PATI berkenaan dipercayai telah lama berada di kawasan tersebut dan menunggu bot pancung untuk ke negara jiran", katanya.

Kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26A, Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyuludupan Manusia (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 5 (2) & Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS