Kejayaan

STAGG GEMPUR LAGI SARANG JUDI DAN MAKSIAT, 142 DITAHAN

Kuala Lumpur, 14 Januari- Seramai 89 individu ditahan selepas Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG), Bukit Aman menggempur premis judi di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sarawak dan Melaka, semalam.

Sebanyak 1,050 buah komputer judi turut dirampas bagi tujuan siasatan dalam serbuan tersebut.

Dalam perkembangan lain di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang pula seramai 53 pelayan pelanggan (GRO) warga asing turut ditahan STAGG menerusi Op Noda yang dijalankan.

Ketua Polis Negara memaklumkan kedua-dua kejayaan STAGG ini menerusi laman twitter dan facebook page rasmi beliau sebentar tadi.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS