Kejayaan

MARIN PENANG TAHAN BOT NELAYAN CEROBOH PERAIRAN NEGARA

Pulau Pinang, 25 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 berjaya menahan sebuah bot nelayan Indonesia kerana menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan di kawasan 48 batu nautika dari Pulau Kendi, di sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Marzuki Che Shuib berkata pihaknya turut menahan seorang tekong, seorang juru enjin dan dua orang awak-awak.

“Ketika menjalankan Op Gelora, pihak kami berjaya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menghampiri bot tersebut,” katanya lagi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati sebuah bot pancing tidak bernombor dari Indonesia yang membawa muatan 80 kilogram ikan pelbagai jenis," jelas beliau.

Rampasan dan tangkapan dibawa balik ke PPM Batu Ubun dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran.

ACP Marzuki berkata, PPM akan terus melakukan rondaan di perairan negara bagi mencegah kegiatan pencerobohan nelayan asing.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS