Kejayaan

35 PELACUR WANITA WARGA ASING ANTARA YANG DITAHAN DALAM OP NODA PANCING

Kuala Lumpur, 25 Mac 2016 - Seramai 39 individu termasuk 35 dipercayai pelacur wanita warga asing ditahan dalam serbuan Op Noda Pancing di dua kelab hiburan, di Jalan P.Ramlee, di sini awal pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Datuk Roslee Chik berkata kesemua suspek yang ditahan berumur antara 27 hingga 47 tahun, ditahan dalam operasi hampir lima jam bermula 10 malam tadi.

"Fokus operasi terhadap pelacur kaki lima yang mencari dan menawarkan diri untuk melacurkan diri...hasilnya, 29 wanita warga Vietnam, dua wanita warga Thailand, seorang wanita Indonesia dan tiga wanita warga Uzbekistan.
   
Selain empat agen yang turut ditahan, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM16,287, beberapa mata wang asing, 42 telefon bimbit dan 18 keping kondom dalam serbuan itu," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Roslee berkata sindiket berkenaan menjadikan pelacur-pelacur yang berpeleseran di sekitar kelab untuk mencari pelanggan di hotel-hotel berhampiran pusat hiburan itu.

"Mereka menawarkan diri untuk dilanggani dengan kadar bayaran RM600 sekali
perkhidmatan dan RM900 untuk bermalam.

Katanya, kesemua tangkapan telah diserah ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan siasatan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Sekyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.- BERNAMA 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS