Kejayaan

POLIS KELUAR 224 SAMAN, SITA 57 MOTOSIKAL DALAM OP SEPADU

Kuala Lumpur, 27 Mac 2016 - Sebanyak 57 motosikal disita manakala 224 saman dikeluarkan dalam op sepadu yang dijalankan di sekitar Bangsar dan ibu kota malam tadi.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata operasi hampir lima jam berakhir kira-kira 2 pagi itu turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

"Saman dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan antaranya nombor plat kenderaan tidak mengikut peraturan, tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, gagal pamer pelekat "P", kenderaan tidak mempunyai cermin sisi dan pemandu tidak memakai tali pinggang keledar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS