Kejayaan

POLIS LUMPUHKAN 'GENG KAYUH' AKTIF CURI MOTOSIKAL

Kulim, 29 Mac2016 - Polis menahan 10 suspek termasuk seorang wanita anggota 'Geng Kayuh' yang aktif mencuri motosikal dalam Op Lejang, dijalankan bermula sejak 23 Mac lepas sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Abdullah Arshad berkata pada 23 Mac, kira-kira 11.30 pagi, polis menahan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan ketika suspek menaiki sebuah motosikal di Jalan Pecah Batu di sini.

"Susulan tangkapan itu, Op Lejang Khas Geng Kayuh dijalankan dan telah menemui empat buah motosikal, lima rangka motosikal dan pelbagai komponen motosikal yang dileraikan, semuanya bernilai RM50,000. 

"Berikutan itu, polis turut menahan baki lapan lagi individu yang kesemua mereka berumur antara 15 dan 34 tahun yang aktif mencuri motosikal di Padang Serai, Kulim dan Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek lelaki yang ditahan itu positif dadah.

"Sembilan suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai kes jenayah kecil dan dadah, manakala suspek wanita tiada sebarang rekod jenayah," katanya.

 Beliau berkata kesemua mereka ditahan reman sehingga 31 Mac, dan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.- BERNAMA
AP ZBI ERE
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS