Kejayaan

POLIS MARIN RAMPAS ROKOK SELUDUP BERNILAI RM288 RIBU

Pontian, 27 April- Pasukan Polis Marin (PPM) Kukup merampas 2,490 karton rokok seludup pelbagai jenis bernilai RM288,000 dalam serbuan di perairan sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, hasil maklumat risikan, pihaknya telah cuba mengejar sebuah bot yang dalam keadaan mencurigakan selama hampir setengah jam.

Menurut beliau lagi, dua suspek walaubagaimanapun telah melarikan diri ke dalan hutan paya bakau setelah bot yang dipandu mereka terbabas.

"Rokok-rokok seludup tersebut dipercayai hendak dijual ke negara jiran dan PPM berikrar untuk mempertingkatkan lagi operasi risikan bagi membanteras aktiviti penyeludupan seumpama ini di masa hadapan," ujar beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS