Kejayaan

PPM LAHAD DATU, SEMPORNA TAHAN 37 PATI DALAM OPERASI KHAS

Kota Kinabalu, 27 Mei 2016 - Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu dan Semporna berjaya menahan 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi Khas di kawasan perairan Kunak yang bermula semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata dalam operasi khas yang akan diteruskan sehingga 31 Mei ini, sebanyak 39 'pump boat' turut dirampas.
Katanya daripada jumlah tangkapan berkenaan, 36 PATI adalah warga Filipina berumur antara 15 hingga 52 tahun dan seorang wanita warga Indonesia berumur 26 tahun.

"Empat daripada 36 PATI warga Filipina yang ditahan ini merupakan kes cubaan membawa keluar PATI dari negara ini ke negara jiran," katanya dalam kenyataan di
sini hari ini.

Mohamad berkata kesemua tangkapan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah
Kunak untuk tindakan lanjut.

Menurut Mohamad tumpuan Operasi Khas berkenaan adalah kes melibatkan Akta
Imigresen 1959/63, Akta Perikanan 1985, Akta Kastam, Ordinan Perkapalan Saudagar
serta lain-lain akta berkaitan.

Katanya, selain tumpuan kepada kesalahan di bawah Aakta Imigresen, operasi yang melibatkan enam aset PPM dari Lahad Datu dan PPM Semporna serta 32 anggota dan tiga pegawai itu, turut menguatkuasakan peraturan larangan penggunaan 'pump boat' di kawasan peraian Sabah.

Sementara itu, Mohamad meminta orang ramai agar terus memberi maklumat kepada PPM berkenaan sebarang pelanggaran undang-undang negara melalui talian 089 863467 bagi membolehkan tindakan diambil.- BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS