Kejayaan

EDAR SYABU DALAM KOTAK MINUMAN, TIGA DITAHAN

Kota Kinabalu, 29 Ogos 2016 -  Dua lelaki dan seorang wanita ditahan di sekitar Likas Square di sini Sabtu lepas kerana dipercayai cuba mengedar syabu di dalam kotak minuman.

Mereka ditahan oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu kira-kira 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata kotak minuman itu ditemukan pada wanita berkenaan yang di dalamnya terdapat satu beg plastik yang mengandungi enam paket plastik berisi syabu, katanya.

Dadah berkenaan dianggarkan seberat 304.44 gram dan bernilai RM39,000. Turut dirampas ialah sebuah kereta jenis Toyota Vios, Perodua Myvi, seutas jam tangan dan dua bentuk cincin emas.

Mereka kini direman sehingga 3 Sept dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.- BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS