Kejayaan

NELAYAN DITAHAN, MERCUN DAN BUNGA API BERNILAI RM50,000 DISITA

Seri Iskandar, 30 Jun - Polis menahan seorang nelayan dan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM50,000 di kediamannya di Kampung Teluk Bakong, Bota, Selasa lepas.
 
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Aziz Hassan berkata dalam serbuan kira-kira pukul 11.45 malam itu, suspek berumur 43 tahun itu didapati tidak memiliki sebarang permit dan lesen untuk menjual mercun serta bunga api.
 
"Hasil pemeriksaan di bahagian belakang rumah suspek, pihak polis menemui kesemua mercun dan bunga api yang disimpan di dalam kotak.
 
Mercun dan bunga api tersebut dipercayai akan diedarkan kepada peruncit di kawasan daerah Perak Tengah pada musim perayaan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

 Aziz berkata suspek kini ditahan reman bermula Selasa lepas sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.- BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS