Kejayaan

PENGANGGUR DIBERKAS BERSAMA DADAH DI KEBUN

Dungun, 30 Jun - Seorang lelaki ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM8,000 dalam serbuan di kawasan kebun kelapa sawit, Jerangau, di sini.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata suspek yang
berusia 45 tahun itu diberkas kira-kira pukul 8.45 pagi, Selasa lalu.

"Hasil pemeriksaan pada badan suspek kita menemui tiga peket plastik cerah
berisi ketulan kristal disyaki dadah syabu kira-kira 50.2 gram, heroin 8.9 gram.

"Selain itu, kita turut menjumpai 170 biji pil disyaki pil kuda serta 1.96 gram pil eramin 5 yang disorokkan di dalam beg sandang yang dipakainya," katanya kepada Bernama. 

Menurutnya, hasil semakan rekod suspek yang berasal dari Kampung Jaba, Dungun itu turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau berhubung kesalahan dadah. 

Beliau berkata suspek direman hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. - BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS