Kejayaan

POLIS BONGKAR SINDIKET PENIPUAN ‘HIGHWAY GROUP’

POLIS BONGKAR SINDIKET PENIPUAN ‘HIGHWAY GROUP’

Kuala Lumpur, 25 Julai – Jabatan Siasatan Jenayah Kormersil (JSJK) dengan kerjasama JSJK Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang berjaya membongkar satu sindiket skim cepat kaya terbesar ‘Highway Group’ melalui satu operasi khas yang dikenali sebagai Op Nuri 2/16 selepas menerima aduan daripada orang awam.

Operasi yang dijalankan di keempat-empat buah negeri ini membawa kepada penangkapan 15 individu berusia 28 hingga 58 tahun termasuk ketua sindiket tersebut yang telah memperdaya hampir 100,000 orang pelabur dengan jumlah pelaburan dianggarkan mencecah RM35 juta.

YDH Pengarah JSJK, Dato’ Sri Mortadza Nazarene dalam satu sidang medianya pagi tadi, menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pelaburan serta mengucapkan terima kasih kepada orang awam di atas kerjasama yang diberikan dalam penyaluran maklumat yang membawa kepada kejayaan tersebut.

Menurut beliau juga berdasarkan rekod sejak Januari hingga Jun tahun ini, JSJK telah menerima sebanyak 485 laporan yang melibatkan kerugian wang sebanyak RM 116,116,657 bagi kes-kes penipuan skim cepat kaya di atas pelbagai nama yang menjanjikan keuntungan pelaburan sehingga 3,424.85% setahun.





YDH Pengarah JSJK, Dato’ Sri Mortadza Nazarene mengendalikan sidang media.



Antara barangan yang dirampas.


Suspek-suspek yang berjaya diberkas.


Kenderaan-kenderaan yang dirampas.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS