Kejayaan

PELAJAR PONTENG DICEKUP BERSAMA 12,000 PIL KUDA BERNILAI RM200,000

Kuala Terengganu, 27 Julai - Seorang pelajar Tingkatan Lima dicekup bersama kira-kira 12,900 biji pil kuda bernilai hampir RM200,000 di Kampung Dalam Kedai Buluh di sini Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supt Roslan Tahir berkata remaja tersebut diberkas di rumah keluarganya.

Beliau berkata dadah itu ditemukan dalam tiga bungkusan seberat 1269.33 gram.

Pelajar itu dikatakan tidak hadir ke sekolah sejak 10 Julai lalu. Dia dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran sejak tiga bulan lepas.

Roslan berkata tangkapan dan rampasan tersebut telah melumpuhkan aktiviti pengedaran pil kuda khusus di Chendering dan Kuala Terengganu.

Beliau berkata pihaknya juga percaya remaja tersebut menyimpan dadah itu yang didalangi individu lain.

"Ini adalah rampasan terbesar di negeri ini setakat ini dan kita percaya dengan tangkapan dan rampasan tersebut aktiviti pengedaran pil kuda dapat dilumpuhkan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca bekalan dan tidak menolak kemungkinan terdapat rangkaian aktiviti pengedaran pil kuda berdasarkan jumlah rampasan yang banyak," katanya.

Tambahnya, pihaknya sedang mengenal pasti anggota rangkaian dan gerakan memburu mereka yang terlibat sedang giat dijalankan. - BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS