Kejayaan

DUA TEKONG DITAHAN BAWA MASUK 20 PATI SECARA HARAM

Pontian, 9 November 2016 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan dua orang tekong membawa masuk 20 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata kesemua PATI terbabit ditahan selepas bot yang dinaiki dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh anggota PPM yang melakukan rondaan.

“Pemeriksaan terhadap bot yang menuju Tanjung Pelepas itu mendapati 20 PATI warga indonesia masing-masing 15 lelaki dan lima wanita serta dua tekong bot berada dalam bot berkenaan.

“Siasatan lanjut mendapati kesemua PATI gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah”, katanya lagi.

Kesemua yang ditahan kemudianya dibawa ke Pangkalan PPM Kukup untuk tindakan lanjut, katanya.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS