Kejayaan

14 ORANG DITAHAN DI LABUAN BERSABIT SALAH GUNA DAN EDAR DADAH

Labuan, 23 Disember 2016 - Seramai 14 orang ditahan di sini semalam bersabit salah guna dan mengedar dadah.

Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman berkata penahanan dilakukan di dua buah rumah di Jalan Giat Mara, Kg Rancha Rancha yang dipercayai menjadi sarang mereka.

Beliau berkata dalam serbuan itu, pihak polis menemukan syabu pada empat daripada mereka manakala yang lainnya merupakan penagih.

Mereka yang ditahan termasuk dua wanita direman mulai hari ini, katanya. - BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS