Kejayaan

POLIS KUNAK TAHAN BUDAK LELAKI DIPERGUNA SINDIKET DADAH

Kunak, 25 Disember 2016 - Seorang budak lelaki disyaki dipergunakan sindiket dadah untuk menjual bahan terlarang itu ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah di Kampung Jaya Baru, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kunak Supt Mohd Nasaruddin M Nasir berkata budak berumur 12 tahun itu didapati sedang duduk di sofa sambil memegang sebuah beg kecil mengandungi enam paket plastik lutsinar disyaki syabu seberat 7 gram.

"Turut dijumpai dalam milikan suspek wang tunai RM10 sebanyak tiga keping, RM5 (tiga keping) serta RM1 (15 keping bejumlah RM60) disyaki hasil daripada jualan (paket kecil) dadah tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nasaruddin berkata suspek dipercayai telah melakukan kegiatan itu untuk pasaran tempatan, hampir setahun.- BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS